Siapakah Para Nabi dan Rasul itu ?

Para nabi (al-anbiya') ialah jama' dari perkataan an-nabiy yang diambil dari kata kerja naba'. dalam kamu dijelaskan bahawa an-nabiy ialah org yang menyampaikan brta dari ALLAH Taala. Allah memberi berita kpd nabi tentang keesaanNYA, menjelaskan masalah ghabib dan memberitahu bahawa dirinya adalah seorang nabi. Dikatakan an-nubuwwah ialah ar-rif'ah. seseorang dikatakan sebagai seorang nabi kerana darjatnya yang tinggi berbanding dgn manusia lain.

Para nabi dan rasul itu ialah manusia pilihan ALLAH s.w.t untuk menyampaikan da'wah kpd para hambaNYA, menyampaikan khabar gembira kpd org2 beriman dan beramal soleh, bahawa mereka akan diberi pahala dan balasan yang baik di dunia dan akhirat. Disamping itu juga, mereka memberi ancaman kepada org2 kafir yg tidak beriman bahwa mereka akn mendpat seksaan dan tempat kembali yg buruk. Berhubung perkara ini, ALLAH s.w.t telah menjelaskan melalui firmanNYA yg bermaksud : "Dan tidaklah Kami utuskan rasul-rasul itu melainkan sebagai pembawa berita gembira dan membawa amaran, kemudian seisapa yang beramal soleh, maka tidak ada kebimbangan (dari berlakunya kejadian yang tidak baik) terhadap mereka dan mereka tidak akan berduakcita." (surah al-An'am :48)

Para nabi dan rasul menerima ilmu dari ALLAH s.w.t melalui akal dan pancaindera dengan pelbagai cara seperti dengan dimasukkan terus ke dalam hati, melalui perantaraan malaikat yang menyamar sebagai manusia, menerusi mimpi yang benar ketika tidur dan pelbagai cara
rohaniah lain yang hanya dpt diketahui oleh nabi sahaja.Ilmu yg disampaikan dengan cara bertentangan dgn kebiasaan itu disebut wahyu.

Nabi ialah org yang menerima wahyu hanya untuk dirinya sendiri, manakala rasul menerima wahyu untuk dirinya sendiri dan bertanggungjawab menyampaikan risalah kpd kaumnya. Maka tugas seorang rasul ialah mengajak kaumnya ke jalan yg benar. berdasarkan pengertian di atas, dapatlah dibuat kesimpulan bahawa setiap rasul adalah nabi, tetapi setiap nabi tidak semestinya seorang rasul....

0 Comments:

Post a Comment



Older Post Home