Di sini ceritakan latar belakang Ibnu Kathir, pengarang Kisah Para Nabi,Pengajaran dan Iktibar ini.semoga kita mengenali serba sedikit latar belakang ulama' yg telah mengarang buku ini.
Semoga kita dapat menceritakan kepada anak cucu cicit kita siapa tokoh-tokoh islam yang kian dilupakan angkara terlalu mengagungkan tokoh barat...
Wallahhua'alam..

Ibnu Kathir merupakan seorang ilmuan di bidang hadis dan juga seorang ahli tafsir. Nama lengkapnya ialah Ismail bin Umar bin Kathir bin Dhau' bin Dara' al-Quraisy. Beliau bermastautin di Busra (Basra) kemudian berpindah ke Damsyik (sekarang Damakus, syiria).

Ibnu Kathir dilahirkan pada tahun 701H/1320M di daerah Mujaddil, sebuah daerah yang termasuk sebahagian wilayah kota basrah, syam. Ayahnya adalah anak jadti Basrah, sementara ibunya berasal dari Mujaddil. Beliau meninggal dunia di Damsyik, pada hari khamis, 26 Syaaban tahun 774H/1373H. Jenazah beliau diusung oleh para pentakziah yg sgt ramai dan dimakamkan berhampiran pemakaman Syeikh Ibnu Tamiah. Tepatnya, di pemakaman para ahli sufi, di luar pintu Kota an-Nash di Damsyik.

Ayahnya bernama Abu Hafsin Syihabuddin Umar bin Kathir. Beliau adalah salah seorang ilmuan fiqh dan juga seorang pemidato yang tersohor. Beliau dilahirkan (sebagaimana disebutkan oleh puteranya-Ibnu Kathir) di penghujung tahun 645H/1242M.Ibnu Kathir berpindah ke kota Damsyik bersama ayahnya pada tahun 706H/1306M. Ketika itu usia Ibnu Kathir baru mencecah 5 tahun.

Ibnu Kathir menghafaz al-quran dan berhasil menyelesaikan hafazanya pada tahun 711H/1311M. hal itu dijelaskan dalam biografinya. mulanya ibnu kathir mendalami ilmu dgn dorongan dan bimbingan saudaranya, Abdul Wahab. Selanjutnya beliau berusaha belajar dibawah bimbingan ulama terkemuka di masanya. Ibnu Kathir belajar di bawah bimbingan Syeikh Burhanuddin al-Fazari dan syeikh kamaluddin bin Qadhi Syuhbah. Ibnu Kathir juga belajar dan menghafaz kitab at-Tanbih, karya asy-Syirazi dalam cabang Mazhab Syafie dan Mukhtashar Ibnu hajib di bidang Ushul Fiqh.

Menginjak dewasa, beliau belajar dibawah bimbingan Abul Hijaj al-Muzi. Ibnu Kathir dinikahkan dengan anak gadis ulama ini. Ibnu Kathir juga dikenali sebagai salah seorang murid pintar dan terkemuka Ibnu Taimiah.

wassalam.
08 Mac 2010 bersamaan 22 Rabiulawal 1431 Hijrah.
02.00am

0 Comments:

Post a Comment



Newer Post Older Post Home